Tudung bawal ?

Apa kaitan tudung dengan bawal ? Kalau sebut bawal mesti ramai fikir pasal ikan. Macamana ikan boleh jadi tudung ?

Tudung bawal sebenarnya dibuat dari kain "voile" (sebutan asal dalam bahasa Perancis "vwahl"). Mungkin pada awalnya pembekal menyebut "vwahl", tetapi orang tempatan telah mengubahsuai dengan sebutan "bawal" yang lebih senang... tidak berbelit lidah nak sebut macam orang Perancis.

Kain voile ni agak jarang dan sesuai bagi pengaliran udara, jadi kurang panas pada pemakai. Kain voile juga terdapat beberapa jenis atau dikilangkan dari tempat yang berbeza.

Kain bawal no. 1 atau juga dipanggil bawal asli asalnya diimport dari Jepun. Kemudian, ada bawal no. 2 atau juga dipanggil bawal Korea. Pernah juga suatu ketika ada bawal India. Sekarang banyak bawal dari China di pasaran kerana harganya lebih murah.

Kain bawal juga terdapat dalam bidang 45 inci dan 60 inci (tetapi sekarang hanya dipotong 55" sahaja). Kain bawal akan dijadikan tudung samada hanya dijahit tepi atau disulam dan ditampal atau dijahit batu untuk menjadikannya tudung yang menarik.

Harga tudung bawal adalah bergantung kepada kualiti sulamannya serta kualiti batu yang digunakan. Sulaman tudung bawal dari Kelantan dibuat oleh tukang sulam secara manual mengikut kreativiti masing-masing. Terdapat juga tudung bawal dari luar negara yang dibuat menggunakan mesin berkomputer, dan ianya lebih murah.

Sekiranya anda berminat untuk menempah tudung bawal secara borong, sila berhubung dengan kami melalui Contact.

Makluman

TudungBawal.com telah ditukar kepada blog dan semua produk tudung bawal boleh dilayari di webstore kami di Bazaraya.com.

Pengguna yang telah berdaftar dan menggunakan shopping cart di TudungBawal.com sebelum ini boleh menggunakan username dan password yang sama untuk login di Bazaraya.com.

Harap maklum.

Terima kasih.